Menjawab panggilan telefon adalah salah satu kaedah penting pelanggan berhubung dengan kita untuk membeli barangan ataupun sekadar bertanya.
Saya gambarkan menjawap panggilan telefon adalah seperti pintu jualan. Jika kita buat iklan satu mukasurat penuh sekalipun di akhbar, jika panggilan telefon tidak dijawab dengan efektif, kita akan kehilangan pelanggan dari situ.
Berikut adalah tips untuk menjawap panggilan telefon dan yang paling penting adalah panggilan telefon masuk mestilah diangkat.
Mengikut pengalaman saya, apabila pelanggan menghubungi kita, kita MESTI mengambil panggilan ini. Ini adalah kerana, jika anda terlepas panggilan yang pelanggan buat, anda kebarangkalian besar akan kehilangan pelanggan.
Maksud saya disini, walaupun anda menghubungi pelanggan itu semula, senario akan menjadi berbeza. Apabila pelanggan menghubungi anda “pelanggan perlukan anda”. Tetapi apabila anda menghubungi pelanggan bermaksud “anda perlukan pelanggan itu”
Cuma teliti dialog di bawah
Senario A – Apabila Pelanggan Membuat Panggilan
Pelanggan : Hello, Assalamualaikum. Saya Anisah, saya ingin bertanya mengenai Kursus Memborong ke China. Boleh tak saya tahu lanjut mengenai ini.
KBC : Waalaikumussalam, Ye puan, kita ada buat Kursus ini untuk usahawan-usahawan yang ingin berkecimpung dalam bidang pemborongan. Selain itu, jika puan minat shopping barangan murah pun boleh.
Pelanggan : Ye la dik, akak berminat la. Apa kandungan Kursus ini
KBC : Kursus ini akan menerangkan mengenai kaedah-kaedah memborong di China yang betul, bagaimana seseorang usahawan itu tahu tempat memborong yang betul, apa cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, bagaimana menyelesaikannya, mengenai pemborongan melalui pameran perniagaan dan memborong melalui internet.
Pelanggan: Akak nie peniaga kecil, setakat ini akak ambil dari pembekal disini, tapi mahal la dik.
KBC : Itu pun tujuan kita kak. Kita nak usahawan pergi memborong terus dari sumber, dengan itu, barangan dapat dibeli dengan harga lebih murah. Lagi pula, usahawan tak perlu beli satu kontena, mereka hanya perlu beli dengan minimum dan kami akan menguruskan penghantaran sehingga ke pintu rumah akak.
Pelanggan : Bagus nie dik, bagaimana jika akak nak mendaftar.
KBC : Mudah saja kak, kak boleh bla bla bla bla.
Anda dapat sales dan pelanggan anda dapat ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan perniagaannya.
Senario B – Jika anda terlepas panggilan pelanggan dan anda menghubunginya semula
KBC : Assalamualaikum, saya Firdous dari KBC. Tadi ada telefon kami ke ?
Pelanggan : W’salam, hmm.. minta maaflah saya tengah sibuk, nanti bila-bila lapang, saya call semula
Dalam kebanyakkan situasi, pelanggan ini tidak akan call semula.
Senario C - Jika anda terlepas panggilan pelanggan dan anda menghubunginya semula
KBC : Assalamualaikum, saya Firdous dari KBC. Tadi ada telefon kami ke ?
Pelanggan : Ye saya call tadi, tapi selepas tu saya fikir-fikir balik, saya rasa tak jadi lah sebab saya nak tunggu 2-3 tahun sehingga perniagaan saya stabil dahulu. Terima kasih la. Bye
Pelanggan itu mempunyai tanggapan negatif selepas telefon itu tidak diangkat.
Jadi mengangkat panggilan telefon adalah sangat penting untuk mendapat jualan dan untuk tidak kehilangan jualan.
Sekian, terima kasih
(Jika anda tidak mempunyai telefon pejabat, ataupun anda sering keluar dari pejabat untuk membuat kerja luar. Bagaimana untuk mempunyai handphone yang mempunyai nombor 03 dihadapan seperti nombor pejabat (contohnya : 03-20216786). Jika anda berminat mengetahui mengenai ini, sila komen di artikel ini. Jika komen anda di sini mencapai 20 komen, saya akan ceritakan dalam post yang akan datang. He he he.)
terima kasih
0 comments:
Post a Comment