Tip Pemasaran : Bagaimana Membuatkan Pelanggan Merayu Untuk Membeli Daripada Anda

Wednesday, October 31, 2012


Sesuatu yang sangat penting diketahui sewaktu kita membuat pemasaran adalah mengetahui bagaimana seseorang pelanggan itu membuat keputusan atau lebih tepat, bagaimana seseorang pelanggan itu sampai kepada keputusan yang dibuatnya.
Jika pelanggan itu merasakan dia terpengaruh dengan anda dan dia sampai keputusan itu kerana anda, ini akan mengurangkan kebarangkalian pelanggan itu membeli daripada anda. Pelanggan itu akan mencari alasan untuk menunda pembeliannya.
Namun jika pelanggan itu mencapai keputusan itu hasil daripada dirinya sendiri, maka keputusan ini akan lebih kukuh dan pelanggan itu akan merayu anda untuk membeli barangan itu daripada anda.
Bagaimana membuatkan pelanggan itu merayu anda menjual barangan itu kepadanya ?
Terdapat 2 kaedah pemasaran yang perlu anda ketahui…
Pemasaran Langsung vs Pemasaran Tidak Langsung
Pemasaran Langsung bermaksud anda membuat pemasaran dan pelanggan itu terpengaruh dengan anda. Contohnya yang paling mudah adalah seperti di bawah.
Anda : Belilah buah epal hijau ini, ia bagus untuk kesihatan dan boleh menguruskan badan.
Pelanggan : ye ke ? hmm… ok saya fikir dulu.
Pemasaran tidak langsung pula adalah seperti contoh di bawah
Anda : Tahukah anda buah epal hijau sangat bagus untuk kesihatan dan boleh menguruskan badan.
Pelanggan : Oh ya, saya pernah dengar juga. Tuan masih ada stok epal hijau ini tak untuk saya beli ?
Ini mungkin contoh yang nampak bodoh, tetapi jika anda memahami apa yang saya cuba sampaikan, ini sudah memadai.
Jadi jika anda pelanggan dalam dua senario di atas, dalam senario yang mana satu anda akan lebih terpengaruh untuk membeli ?
Tentu yang kedua kan ?
Jadi sebagai usahawan, kita perlu menggunakan teknik yang kedua untuk mempengaruhi pelanggan kita. Dengan teknik yang kedua, kebarangkalian pelanggan anda untuk membeli adalah lebih tinggi.
Jika anda ingin tahu lebih mendalam kenapa keadaan ini berlaku, teruskan membaca…
Kita sebagai manusia tidak suka terpengaruh dengan orang lain dan kita tidak suka kita mengeluarkan duit untuk membeli semata-mata kita terpengaruh. Kita lebih yakin dan gembira jika kita sendiri yang membuat keputusan itu dan bukan terpengaruh.
Jadi point saya di sini, kita perlu mempunyai teknik yang berkesan supaya pelanggan kita mencapai keputusan untuk membeli barangan kita dengan sendiri.
Cuba latih kaedah ini di rumah anda dan bagi pendapat anda di bawah.
Sekian, terima kasih

0 comments:

Post a Comment