Antara 6 sebab kegagalan Perniagaan Melalui Internet

Thursday, October 25, 2012

Ini adalah sedikit pengenalan dan sebab perniagaan internet anda gagal. Semoga maklumat ini dapat membantu anda.

Pengenalan pemasaran internet

Pemasaran Internet atau e-pemasaran (bahasa Inggris: Internet marketing atau e-marketing atau online-marketing) adalah segala usaha yang dilakukan untuk melakukan pemasaran suatu produk atau jasa melalui atau menggunakan media Internet atau jaringan www. Internet sememangnya suatu perkara yang menarik.


Dari hari ke hari semakin ramai yang menyertainya tetapi tidak dinafikan ramai juga syarikat atau individu yang yang kecundang di dalam persaingan online ini. Dalam banyak kes, bukan produk / perkhidmatan yang menjadi masalah sebaliknya sejauh mana usaha pemasaran yang telah dilakukan. Jika anda inginkan kejayaan di alam siber pastikan anda mempertimbangkan apa yang ingin disampaikan dan belajarlah dari kesilapan.


Antara 6 sebab kegagalan Perniagaan Melalui Internet

1) Anda tidak melakukan apa-apa untuk aktiviti pemasaran! 

Inilah sebenarnya kesilapan paling besar yang sering dilakukan oleh mereka yang inginkan sesuatu tanpa sebarang usaha (mengharapkan "Free Lunch" atau Something for Nothing" seperti yang ditulis dalam buku SEE YOU AT THE TOP tulisan Ziz Ziglar). Kebanyakan orang hanya mementingkan laman web yang mereka bina (animasi yang canggih, maklumat yang padat, kepelbagaian fungsi disediakan dan sebagainya) tetapi mereka sering terlupa bahawa pemasaran adalah sesuatu yang lebih penting. Walaupun sesetengah teknik pemasaran memerlukan anda membuat sedikit pelaburan, sebagai permulaan anda sebenarnya masih boleh menggunakan kaedah yang lebih murah. Inilah apa yang cuba saya terangkan. Tiada bezanya pemasaran secara online atau pun pemasaran konvensional. Anda perlu berbuat sesuatu dan bukan hanya berdiam diri. Siapa kata pemasaran melalui Internet satu kerja mudah ? Atau lebih tepat lagi, pemasaran Internet bukannya mudah terutama jika anda tidak tahu bagaimana cara melakukannya.

2) Anda tidak memiliki nama domain sendiri

Di dalam Internet, nama domain samalah seperti berniaga di tapak premis yang sah dalam dunia sebenar (bukannya Outlet tanpa lesen atau premis yang sering berpindah-randah). Ini adalah pelaburan yang tidak perlu dipertikaikan lagi., anda memerlukannya kerana ianya akan membina lebih KREDIBILITI. Bagaimana pengguna tahu bahawa anda bukanlah peniaga "CHIPSMORE" yang "Kejap ada, kejap tidak ?". Nama domain penting untuk anda mengukuhkan identiti serta menambah keyakinan pengguna. Jadi, jangan berlengah lagi dan dapatkan nama Domain anda hari ini juga jika anda serius untuk berniaga di dunia siber. Lagipun ianya tidaklah semahal mana dan pasti anda tahu bahawa tiada perniagaan yang tidak memerlukan sebarang pelaburan. Pelaburan terhadap nama Domain (dan buku yang saya tulis ) adalah antara keputusan paling bijak yang boleh anda lakukan.


3) Anda tidak melakukan follow-up 

Bukan semua orang mempunyai gaya membeli yang sama dan follow-up adalah satu langkah kritikal yang perlu diberi tumpuan serius. Pengabaian terhadap langkah ini sebenarnya akan menyebabkan anda kehilangan majoriti bakal pembeli berpotensi. Adakah anda mendapatkan email setiap pengunjung laman web anda ? Jika anda melibatkan diri dengan Internet untuk tujuan berniaga dan jawapan terhadap soalan tadi adalah TIDAK, anda sebenarnya telah membuat pengiraan matematik yang salah. HITS <> SALES. Jika anda berasa follow-up adalah suatu kerja cerewet, susah dan memakan masa, Internet sebenarnya mempunyai cara yang lebih mudah. Dapatkan buku ini jika anda inginkan jawapannya.

4) Anda tidak memberi sebab mengapa pegunjung perlu datang semula 

Adakah laman web anda hanya sekadar suatu "Presentation" biasa atau adakah anda memberi / menyediakan sesuatu yang PERCUMA. Pernahkah anda terfikir untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan bakal pelanggan atau melakukan sesuatu yang mendatangkan minat untuk mereka mengunjungi laman web anda semula? Pernahkah anda terfikir untuk sekadar mengirim Poskad elektronik, menggunakan Tools yang dapat menjana trafik dan sebagainya. Membuat "Presentation" sememangnya mudah tetapi ianya tidak akan membawa anda kemana-mana. Anda perlu berusaha lebih kerana kunjungan pertama biasanya tidak akan memberi apa - apa.

5) Anda tidak memiliki Ezine anda sendiri 

Kebanyakan orang lebih minat untuk mendapatkan maklumat. Jika anda tidak mempunyai Ezine maka anda telah melepaskan banyak peluang yang sepatutnya anda miliki. Ramai orang takut untuk menulis kerana alasan yang sama. "Tiada bakat" bukan satu sebab untuk tidak mencari alternatif lain yang sebenarnya masih ada. Banyak contoh yang diberi dalam dalam buku ini yang mungkin akan membuatkan anda lebih yakin dan percaya. Anda hanya perlu melakukannya sekali dan menggunakannya semula. Banyak servis dan tools yang boleh dicuba dan sebaik anda mengetahui rahsianya pasti anda akan mula sedar bahawa menyebarka maklumat mengenai Ezine sebenarnya bukanlah satu kerja yang susah.

6) Laman web anda menggelirukan

Seringkali mereka yang dipanggil Webmaster melakukan banyak perkara yang terlalu kompleks. Terlalu banyak produk, terlalu banyak grafik, terlalu banyak links dan sebagainya kadangkala bukanlah sesuatu yang anda perlukan. Ini kerana ada masanya sesuatu yang ringkas tetapi memberi lebih keyakinan dan minat adalah jauh lebih penting. Laman web perlu dibina supaya memudahkan mereka mebuat keputusan. Lebih sukar prospek memahami apa yang anda tawarkan, lebih tipis peluang yang anda ada. Jangan membuat andaian pengunjung tahu apa yang perlu mereka lakukan. Sebaliknya tunjukkan cara bagaimana mereka boleh mendapatkan produk / perkhidmatan yang diperlukan
Dan banyak lagi yang patut anda pelajari.

Ini ada berapa fakta dan tips yang ingin dikongsikan:

94% perniagaan Internet gagal dalam tahun pertama. Sebab utamanya adalah kurangnya promosi. JANGAN jadikan perniagaan Internet anda sebahagian dari statistik ini!


FAKTA: 

94% Perniagaan Internet gagal dalam tahun pertama
FAKTA: 
Sebab utama kegagalan perniagaan Internet adalah kurangnya PROMOSI
FAKTA: 
Usahawan Internet sering didedahkan kepada hanya beberapa cara promosi sahaja seperti Enjin pencari, Direktori, Iklan banner, Email, Blog, Forum, Affiliate dan Pay-Per-Click.
FAKTA: 
Jutawan-jutawan Internet dunia mengetahui lebih banyak lagi cara PROMOSI yang tidak diceritakan dalam ebook-ebook perniagaan Internet biasa!

4 Langkah kejayaan menurut Anthony Robbins:


1) Know what you Want

2) Take ACTION
3) Be Flexible
4) Persistance

0 comments:

Post a Comment