Bagaimana Memulakan Perbualan Dengan Pelanggan

Wednesday, October 31, 2012


Bayangkan seorang pelanggan wanita memasuki sebuah kedai menjual pakaian wanita.
Dan seorang salesgirl menghampiri pelanggan ini dan bertanya
“Ada apa-apa yang saya boleh bantu ?”
“Tak apa, saja tengok-tengok” jawab pelanggan itu.
Di saat ini sebenarnya pekedai ini telah kehilangan peluang besar untuk membuat jualan. Bukan disebabkan barangan yang dijual itu tidak bagus. Tetapi adalah disebabkan salesgirlyang tidak tahu memulakan perbualan dengan pelanggan.
Cuba bayangkan senario kedua di mana pelanggan wanita yang sama memasuki kedai itu…
Salesgirl menghampiri pelanggan itu dan menegur sambil tersenyum “Cantik tudung bawal yang akak pakai nie, beli di mana tu ?”
Di saat ini, pelanggan itu akan mula menceritakan mengenai di mana tudung bawal itu dibeli, berapa harganya dan kenapa dia suka design tersebut.
Maklumat yang diperolehi ini penting di mana anda mula mengetahui citarasa pelanggan tersebut. Samada dia sukakan warna cerah atau gelap, kain jenis apa yang diminati dan berapa ruang lingkup harga yang akan dibelanjakan oleh pelanggan tersebut.
Perhubungan yang terbina ini, akan menjadikan pelanggan itu untuk lebih selesa untuk membeli di kedai anda berbanding kedai sebelah. Ini kerana manusia secara asasnya takut terhadap sesuatu yang kita tidak kenali. (fears towards the unknown)
Namun dengan cara anda memulakan perbualan dengan pelanggan itu dalam beberapa minit, anda telah bina reputasi bersama pelanggan tersebut.
Jadi sebagai seorang peniaga dan usahawan, anda dan pekerja anda perlu dilatih dengan cara menegur pelanggan untuk membina reputasi yang akan kekal panjang untuk beberapa puluh tahun.
Reputasi yang baik, akan meningkatkan jualan, jualan yang meningkat akan meningkatkan keuntungan, keuntungan yang meningkat akan menjadikan anda lebih kaya.
Cuba kaedah ini, anda akan tahu keberkesanannya….
terima kasih

0 comments:

Post a Comment