How to Make Money From Traffic! 1 hour 15 minutes

Wednesday, October 31, 2012

0 comments

How to Make Money From Traffic! 1 hour 15 minutes  


Beginners Guide To Google Sites
Video 1 Video 2 Video 3


FREE Video Library Section



NEW 8/26 SEO 101   27 Part Series


NEW 8/11 Adobe Photoshop For Newbies 60 minute course

Video 1 / Video 2 / Video 3 / Video 4 / 
 


NEW 8/11 Your Coaching Program 44 minute course


NEW 8/11 Windows Basics 26 minute course


Internet Made Easy


Pay Per Click Powerhouse Video Series



Video #3: The Dangers of PPC

Video #4: Main PPC Networks






Video #10: Creating Your Ad





Video #15: Keyword Match Types










Video #25: Conclusion

Tip Pemasaran : Bagaimana Membuatkan Pelanggan Merayu Untuk Membeli Daripada Anda

0 comments

Sesuatu yang sangat penting diketahui sewaktu kita membuat pemasaran adalah mengetahui bagaimana seseorang pelanggan itu membuat keputusan atau lebih tepat, bagaimana seseorang pelanggan itu sampai kepada keputusan yang dibuatnya.
Jika pelanggan itu merasakan dia terpengaruh dengan anda dan dia sampai keputusan itu kerana anda, ini akan mengurangkan kebarangkalian pelanggan itu membeli daripada anda. Pelanggan itu akan mencari alasan untuk menunda pembeliannya.
Namun jika pelanggan itu mencapai keputusan itu hasil daripada dirinya sendiri, maka keputusan ini akan lebih kukuh dan pelanggan itu akan merayu anda untuk membeli barangan itu daripada anda.
Bagaimana membuatkan pelanggan itu merayu anda menjual barangan itu kepadanya ?
Terdapat 2 kaedah pemasaran yang perlu anda ketahui…
Pemasaran Langsung vs Pemasaran Tidak Langsung
Pemasaran Langsung bermaksud anda membuat pemasaran dan pelanggan itu terpengaruh dengan anda. Contohnya yang paling mudah adalah seperti di bawah.
Anda : Belilah buah epal hijau ini, ia bagus untuk kesihatan dan boleh menguruskan badan.
Pelanggan : ye ke ? hmm… ok saya fikir dulu.
Pemasaran tidak langsung pula adalah seperti contoh di bawah
Anda : Tahukah anda buah epal hijau sangat bagus untuk kesihatan dan boleh menguruskan badan.
Pelanggan : Oh ya, saya pernah dengar juga. Tuan masih ada stok epal hijau ini tak untuk saya beli ?
Ini mungkin contoh yang nampak bodoh, tetapi jika anda memahami apa yang saya cuba sampaikan, ini sudah memadai.
Jadi jika anda pelanggan dalam dua senario di atas, dalam senario yang mana satu anda akan lebih terpengaruh untuk membeli ?
Tentu yang kedua kan ?
Jadi sebagai usahawan, kita perlu menggunakan teknik yang kedua untuk mempengaruhi pelanggan kita. Dengan teknik yang kedua, kebarangkalian pelanggan anda untuk membeli adalah lebih tinggi.
Jika anda ingin tahu lebih mendalam kenapa keadaan ini berlaku, teruskan membaca…
Kita sebagai manusia tidak suka terpengaruh dengan orang lain dan kita tidak suka kita mengeluarkan duit untuk membeli semata-mata kita terpengaruh. Kita lebih yakin dan gembira jika kita sendiri yang membuat keputusan itu dan bukan terpengaruh.
Jadi point saya di sini, kita perlu mempunyai teknik yang berkesan supaya pelanggan kita mencapai keputusan untuk membeli barangan kita dengan sendiri.
Cuba latih kaedah ini di rumah anda dan bagi pendapat anda di bawah.
Sekian, terima kasih

Bagaimana Memulakan Perbualan Dengan Pelanggan

0 comments

Bayangkan seorang pelanggan wanita memasuki sebuah kedai menjual pakaian wanita.
Dan seorang salesgirl menghampiri pelanggan ini dan bertanya
“Ada apa-apa yang saya boleh bantu ?”
“Tak apa, saja tengok-tengok” jawab pelanggan itu.
Di saat ini sebenarnya pekedai ini telah kehilangan peluang besar untuk membuat jualan. Bukan disebabkan barangan yang dijual itu tidak bagus. Tetapi adalah disebabkan salesgirlyang tidak tahu memulakan perbualan dengan pelanggan.
Cuba bayangkan senario kedua di mana pelanggan wanita yang sama memasuki kedai itu…
Salesgirl menghampiri pelanggan itu dan menegur sambil tersenyum “Cantik tudung bawal yang akak pakai nie, beli di mana tu ?”
Di saat ini, pelanggan itu akan mula menceritakan mengenai di mana tudung bawal itu dibeli, berapa harganya dan kenapa dia suka design tersebut.
Maklumat yang diperolehi ini penting di mana anda mula mengetahui citarasa pelanggan tersebut. Samada dia sukakan warna cerah atau gelap, kain jenis apa yang diminati dan berapa ruang lingkup harga yang akan dibelanjakan oleh pelanggan tersebut.
Perhubungan yang terbina ini, akan menjadikan pelanggan itu untuk lebih selesa untuk membeli di kedai anda berbanding kedai sebelah. Ini kerana manusia secara asasnya takut terhadap sesuatu yang kita tidak kenali. (fears towards the unknown)
Namun dengan cara anda memulakan perbualan dengan pelanggan itu dalam beberapa minit, anda telah bina reputasi bersama pelanggan tersebut.
Jadi sebagai seorang peniaga dan usahawan, anda dan pekerja anda perlu dilatih dengan cara menegur pelanggan untuk membina reputasi yang akan kekal panjang untuk beberapa puluh tahun.
Reputasi yang baik, akan meningkatkan jualan, jualan yang meningkat akan meningkatkan keuntungan, keuntungan yang meningkat akan menjadikan anda lebih kaya.
Cuba kaedah ini, anda akan tahu keberkesanannya….
terima kasih

Tips Bagaimana Menjawap Panggilan Telefon Perniagaan

0 comments

Menjawab panggilan telefon adalah salah satu kaedah penting pelanggan berhubung dengan kita untuk membeli barangan ataupun sekadar bertanya.
Saya gambarkan menjawap panggilan telefon adalah seperti pintu jualan. Jika kita buat iklan satu mukasurat penuh sekalipun di akhbar, jika panggilan telefon tidak dijawab dengan efektif, kita akan kehilangan pelanggan dari situ.
Berikut adalah tips untuk menjawap panggilan telefon dan yang paling penting adalah panggilan telefon masuk mestilah diangkat.
Mengikut pengalaman saya, apabila pelanggan menghubungi kita, kita MESTI mengambil panggilan ini. Ini adalah kerana, jika anda terlepas panggilan yang pelanggan buat, anda kebarangkalian besar akan kehilangan pelanggan.
Maksud saya disini, walaupun anda menghubungi pelanggan itu semula, senario akan menjadi berbeza. Apabila pelanggan menghubungi anda “pelanggan perlukan anda”. Tetapi apabila anda menghubungi pelanggan bermaksud “anda perlukan pelanggan itu”
Cuma teliti dialog di bawah
Senario A – Apabila Pelanggan Membuat Panggilan
Pelanggan : Hello, Assalamualaikum. Saya Anisah, saya ingin bertanya mengenai Kursus Memborong ke China. Boleh tak saya tahu lanjut mengenai ini.
KBC : Waalaikumussalam, Ye puan, kita ada buat Kursus ini untuk usahawan-usahawan yang ingin berkecimpung dalam bidang pemborongan. Selain itu, jika puan minat shopping barangan murah pun boleh.
Pelanggan : Ye la dik, akak berminat la. Apa kandungan Kursus ini
KBC : Kursus ini akan menerangkan mengenai kaedah-kaedah memborong di China yang betul, bagaimana seseorang usahawan itu tahu tempat memborong yang betul, apa cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, bagaimana menyelesaikannya, mengenai pemborongan melalui pameran perniagaan dan memborong melalui internet.
Pelanggan: Akak nie peniaga kecil, setakat ini akak ambil dari pembekal disini, tapi mahal la dik.
KBC : Itu pun tujuan kita kak. Kita nak usahawan pergi memborong terus dari sumber, dengan itu, barangan dapat dibeli dengan harga lebih murah. Lagi pula, usahawan tak perlu beli satu kontena, mereka hanya perlu beli dengan minimum dan kami akan menguruskan penghantaran sehingga ke pintu rumah akak.
Pelanggan : Bagus nie dik, bagaimana jika akak nak mendaftar.
KBC : Mudah saja kak, kak boleh bla bla bla bla.
Anda dapat sales dan pelanggan anda dapat ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan perniagaannya.

Senario B – Jika anda terlepas panggilan pelanggan dan anda menghubunginya semula
KBC : Assalamualaikum, saya Firdous dari KBC. Tadi ada telefon kami ke ?
Pelanggan : W’salam, hmm.. minta maaflah saya tengah sibuk, nanti bila-bila lapang, saya call semula
Dalam kebanyakkan situasi, pelanggan ini tidak akan call semula.

Senario C - Jika anda terlepas panggilan pelanggan dan anda menghubunginya semula
KBC : Assalamualaikum, saya Firdous dari KBC. Tadi ada telefon kami ke ?
Pelanggan : Ye saya call tadi, tapi selepas tu saya fikir-fikir balik, saya rasa tak jadi lah sebab saya nak tunggu 2-3 tahun sehingga perniagaan saya stabil dahulu. Terima kasih la. Bye
Pelanggan itu mempunyai tanggapan negatif selepas telefon itu tidak diangkat.
Jadi mengangkat panggilan telefon adalah sangat penting untuk mendapat jualan dan untuk tidak kehilangan jualan.
Sekian, terima kasih
(Jika anda tidak mempunyai telefon pejabat, ataupun anda sering keluar dari pejabat untuk membuat kerja luar. Bagaimana untuk mempunyai handphone yang mempunyai nombor 03 dihadapan seperti nombor pejabat (contohnya : 03-20216786). Jika anda berminat mengetahui mengenai ini, sila komen di artikel ini. Jika komen anda di sini mencapai 20 komen, saya akan ceritakan dalam post yang akan datang. He he he.)
terima kasih